Dasar Privasi ini digunapakai apabila anda melayari DianzBeauty.com (selepas ini disebut Dianz Beauty).
MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA
Dianz Beauty akan menyimpan maklumat berkenaan pengguna dengan pelbagai cara dan tidak terhad, terutamanya apabila pengguna melayari Dianz Beauty, membuat pendaftaran, membuat pesanan atau pembelian atau melanggan berita atau terlibat aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Dianz Beauty. Pengguna akan diminta mengisi maklumat-maklumat berkenaan nama, alamat email, alamat rumah, nombor telefon atau sebarang maklumat yang dirasakan perlu oleh Dianz Beauty.
Dianz Beauty akan menyimpan maklumat berkenaan pengguna hanya apabila pengguna dengan rela hati memberikan maklumat berkenaan kepada Dianz Beauty. Pengguna mempunyai hak menolak untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada Dianz Beauty, disebabkan itu pengguna mungkin tidak akan dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Dianz Beauty.
Dianz Beauty meminta, menyimpan dan mengumpul maklumat peribadi pengguna untuk tujuan berikut:
- Untuk meningkatkan mutu pegawai perkhidmatan pelanggan. Maklum balas yang diperolehi daripada pengguna menjadikan Dianz Beauty lebih effektif dalam memenuhi kehendak pengguna.
- Memastikan Dianz Beauty lebih mesra pengguna. Dianz Beauty mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk memahami bagaimana pengguna Dianz Beauty sebagai satu kumpulan menggunakan perkhidmatan dan sumber-sumber yang disediakan di laman web Dianz Beauty.
- Untuk meningkatkan mutu Dianz Beauty. Dianz Beauty sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna Dianz Beauty berdasarkan maklumat, respon, aduan yang Dianz Beauty terima.
- Untuk menjalankan transaksi. Dianz Beauty akan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh pengguna kepada Dianz Beauty untuk menguruskan pesanan atau pembelian. Dianz Beauty tidak akan berkongsi maklumat pengguna kepada pihak lain.
- Untuk menghantar email berkala. Dianz Beauty akan menggunakan email yang diberikan oleh pengguna ketika proses pesanan atau pembelian untuk memberi maklumat atau mengemaskini pesanan yang telah dibuat. Email yang diberikan oleh pengguna juga mungkin akan digunakan untuk menjawab soalan atau pertanyaan yang telah dibuat pleh pengguna. Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan email tersebut untuk menerima maklumat berkenaan produk, berita dari Dianz Beauty atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika pengguna tidak berminat untuk menerima email tersebut, pengguna boleh mengikut arahan yang disediakan pada bahagian bawah email yang dihantar.
MAKLUMAT BUKAN PERIBADI PENGGUNA
Dianz Beauty akan mengumpul maklumat pengguna selain maklumat peribadi apabila pengguna menggunakan atau sedang melayari Dianz Beauty. Maklumat bukan peribadi pengguna termasuk pelayar (browser) yang digunakan oleh pengguna, jenis sistem operasi(OS) komputer yang digunakan oleh pengguna atau maklumat lain yang berkaitan.
COOKIES
Laman web Dianz Beauty menggunakan “cookies” untuk memberi kemudahan kepada pengguna. Cookies boleh “mengingati” maklumat utama anda dan membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Dianz Beauty dengan mudah.
KETEPATAN MAKLUMAT
Setiap maklumat Pengguna disimpan dengan dengan baik, Dianz Beauty telah menempatkan pegawai khas untuk menjaga setiap maklumat yang diperolehi. Maklumat Pengguna dilindungi , tidak ada pengubahan atau didedahkan atau dimusnahkan, maklumat transaksi.
PERKONGSIAN MAKLUMAT
Dianz Beauty tidak menjual, mendedahkan atau memberi maklumat Pengguna kepada pihak lain. Dianz Beauty mungkin akan menggunakan maklumat Pengguna dengan tujuan untuk meningkatkan operasi perniagaan dan Dianz Beauty atau aktiviti yang berkaitan Dianz Beauty seperti menghantar surat atau membuat kajian dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Pengguna.
PERUBAHAN DASAR PRIVASI
Dianz Beauty mempunyai hak untuk mengubah dasar ini dari semasa ke semasa. Perubahan dasar akan dimaklumakan pada dilaman web Dianz Beauty, pengguna dihendaki menyemak dari masa ke semasa jika terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak Dianz Beauty. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk mengkaji semula dasar Dasar ini secara berkala dan menyedari perubahan yang dilakukan.
PENERIMAAN PENGGUNA TERHADAP DASAR PRIVASI
Dengan melayari laman web Dianz Beauty, menandakan pengguna menerima terhadap syarat-syarat dan terma perkhidmatan. Jika pengguna tidak bersetuju dengan dasar ini, pengguna mempunyai hak untuk tidak menggunakan laman web Dianz Beauty. Jika pengguna terus melayari laman web Dianz Beauty bermakna pengguna dianggap menerima Dasar Privasi ini.
SAMBUNGAN SELAMAT
Laman web Dianz Beauty ini telah menyokong sambungan SSL (Secure Sockets Layer) yang disijilkan oleh COMODO SECURE™. SSL dapat melindungi segala data peribadi yang dimasukkan (seperti emel, nombor akaun bank, nombor kad kredit, nama pengguna, kata laluan dan lain-lain) selamat daripada kecurian pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Anda boleh membeli-belah dengan selamat di sini.